Seronoknya mempunyai keluarga. Ada mama, abah dan adik-adik.Mama orang Johor, abah orang kedah. Nana orang Johor, Muhammad dan Madihah orang Bangi, Adam orang Perak. Laa satu keluarga tapi berasal dari negeri berlainan. OOHh..rupanya kata mama dan abah, ikut tempat kelahiran. Tapi yang penting, kami tetap satu keluarga yang bahagia.
Pada hari ini, selepas saja menunaikan solat subuh, demi mengisi kekosongan waktu , nana mencari buku Lala Zehan di Internet. Nana jumpa Lala Zehan blog spot. Tanya dekat mama macammana dia buat macam ini? Lalu mama ciptakan satu blogspot untuk nana. Mama tanya, nak letak tajuk apa? Nana fikir kini umur nana telah 10 tahun, dan blogspot ini menjadi medium nana untuk menulis selepas ini, haaa! tajuk yang sesuai adalah Selepas 10 tahun.