Sunday, November 29, 2009

Turtle Malaysia

Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia.

Empat spesies penyu tersebut ialah :

  • Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
  • Penyu Agar (Green Turtle)
  • Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
  • Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)

1. Penyu Belimbing

Nama Inggeris: Leatherback Turtle
Nama saintifik: Dermochelys coriacea

Biologi :

  • Penyu ini adalah spesis penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia. Saiz badannya boleh mencapai sehingga 2m dan beratnya melebihi 500kg. Badannya ditutupi cengkerang yang mempunyai 7 jaluran yang menyerupai buah belimbing.
  • Warna badannya adalah kehitaman dan berbintik-bintik putih.
  • Bahagian atas mulutnya yang melengkung untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya dan hidupan laut lembut yang lain.
  • Musim bertelurnya antara Mei-Ogos. Ia menghasilkan antara 60-120 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5-6.5cm. Di Malaysia penyu Belimbing hanya terdapat di negeri Terengganu dan Pahang sahaja.
  • Purata kekerapan pendaratan dalam semusim penyu ini adalah 1-7 kali semusim dengan selang antara pendaratan selama 10 hari.
  • Tempoh pengeraman adalah 50-60 hari.

2. Penyu Agar

Nama Inggeris: Green Turtle
Nama saintifik: Chelonia mydas

Biologi :

  • Juga dikenali sebagai ‘penyu hijau’ disebabkan kandungan lemak badannya berwarna hijau.
  • Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya.
  • Saiz badannya adalah antara 1-2m dan beratnya boleh mencapai 270kg.
  • Makanan utama penyu ini adalah rumpai laut dan rumpair.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan April-September dan ia menghasilkan antara 80-140 biji telur bagi setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit lembik dan bergaris pusat 3-4cm
  • Penyu ini boleh mendarat sehingga 9 kali peneluran dalam semusim dan selang antara pendaratan adalah 10-12hari.
  • Tempoh pengeraman adalah 45-65 hari bergantung kepada suhu sarang.
  • Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan,Negeri Sembilan,Selangor dan Perlis.

3. Penyu Karah


Nama Inggeris:
Hawksbill Turtle
Nama saintifik: Eretmochelys imbricata

Biologi :

  • Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ia senang dikenali dengan susunan kulit badannya yang bertindih menampakkan seperti bersisik dan berwarna coklat tua atau kuning dan coklat.
  • Bentuk mulutnya menyerupai paruh burung helang.
  • Saiz badannya sederhana dan saiz cengkerangnya antara 70-90cm. Berat badannya boleh mencapai sehingga 75kg.
  • Ia memakan karangan lembut dan span yang banyak terdapat di kawasan terumbu karang.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur sebanyak 90-120biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
  • Penyu ini terdapat di Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Sabah dan Sarawak.

4. Penyu Lipas

Nama Inggeris: Olive Ridley Turtle
Nama Saintifik: Lepidochelys olivacea

Biologi :

  • Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil antara semua jenis penyu yang terdapat di dunia.
  • Purata saiz badannya adalah antara 50-70cm panjang dengan berat badannya antara 30-60kg.
  • Warna badannya gelap atau hijau tua buah zaitun.
  • Makanannya adalah ketam,udang dan kerang-kerangan kecil.
  • Musim bertelurnya adalah antara bulan Mac-Jun dengan jumlah telur antara 90-130biji. Telurnya bulat,kulit yang lembik dengan garis pusat 2.5-3.5cm
  • Penyu ini terdapat di Terengganu,Pahang,Penang dan sedikit di sabah dan Sarawak.

  • PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi
  • PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan
  • BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.
  • PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.
  • Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar
  • P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg
  • Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.
  • Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)
  • Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang
  • Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.

Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam dan mencari kawasan yang sesuai untuk bertelur. Seekor penyu akan mendarat beberapa kali dalam semusim dan berehat selama 1 – 8 tahun. Ibu penyu akan memilih kawasan atas pasang surut, mengorek dengan kaki belakang, lubang sarang diameter 8 inci dan kedalaman 18 inci. Selepas berehat sekejap, ia akan melepaskan telur, dan selepas bertelur, ia akan tutup dengan pasir secara perlahan dan kaki hadapan akan menolak pasir serata tempat supaya sarang sukar dikesan, sebelum kembali ke dalam laut. Kadang-kala apabila penyu mendarat di pantai, merangkak untuk jarak yang agak jauh dan masuk semula ke dalam air tanpa membuat sarang dan bertelur. Perkara ini biasa berlaku dan disebabkan banyak perkara antaranya terdapat gangguan atau penyu tersebut tidak dapat mencari tapak yang sesuai. Kesan perjalanan penyu di atas pantai ini menyamai kesan tayar trektor.

Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus berebut-rebut menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Ini adalah kerana tanpa cahaya buatan, langit di laut akan sentiasa lebih terang daripada langit di daratan, samada pada waktu siang ataupun malam. Ini disebabkan oleh balikan cahaya ke langit oleh air laut. Disebabkan oleh fakta ini, lampu hotel, rumah dan lampu jalan di persisiran pantai boleh menjadi ancaman dengan menyebabkan anak-anak penyu tersebut sesat dan mudah menjadi mangsa apabila siang menjelma.

Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa. Pakar sains meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun. Anak-anak penyu di percayai akan menghabiskan masa mencari makanan di permukaan air. Kebanyakan anak penyu akan menghabiskan masa mereka mencari makanan di kawasan persisiran pantai kecuali anak-anak penyu Belimbing yang akan berenang jauh ke laut lepas. Pada masa kini, tidak banyak yang diketahui tentang di mana anak-anak penyu Belimbing pergi di peringkat remaja mereka.


Telur Penyu

Telur penyu yang terhasil akan ditinggalkan tanpa jagaan. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu dipengaruhi oleh suhu pasir. Pada suhu yang melebihi 29 darjah Selsius, banyak anak-anak penyu betina akan terhasil. Sebaliknya, pada suhu kurang daripada 29 darjah selsius, kebanyakan anak penyu yang menetas adalah penyu jantan. Telur penyu akan menetas selepas 7 - 12 minggu dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman (ia itu jumlah sinaran matahari dan suhu pasir.) Bagaimanapun, sekiranya suhu dalam pasir terlampau panas, ini akan membunuh anak penyu yang belum menetas itu.

Pengeraman Telur

Terdapat dua kaedah pengeraman telur


Pengeraman Insitu

  • Insitu
    – sarang yang dibiarkan tanpa gangguan.
    – Rekod masa dan tarikh bertelur
    – Sarang ditanda dengan cara yang sesuai
  • Ex-situ (Relokasi)
    – pindah telur dari sarang asal ke hatceri
    – Rekodkan jumlah telur, masa peneluran, masa tanam semula, kedalaman sarang asal (kedalaman bawah sarang dan atas sarang ke permukaan).

1 comment: